PruBSN Urus Musibah?

bismillah

Firman Allah Taala:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.” (Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)

Jom kita muhasabah ujian yang biasanya orang akan alami seperti :
i) kena penyakit
ii) excident
ii) lumpuh
iii) kematian orang yang menjadi pencari nafkah keluarga.

Sekiranya ujian-ujian ini tidak kita uruskan dengan sempurna, ia akan menjadi MUSIBAH YANG SANGAT BESAR buat kita. Tekanan perasaan juga akan menyebabkan kita tidak redha dengan ujian tuhan. Kita mungkin akan mengeluarkan kata-kata yang akan menyebabkan kita binasa di akhirat nanti.

Mengapa kita perlu urus Musibah? Ibaratkan untuk perjalanan yang jauh, kita perlu menguruskan segala persiapan untuk memastikan perjalan kita tenang dan selamat . Sebagai contoh, kita akan memastikan brek berfungsi dengan baik untuk digunakan ketika pemanduan. Jika kecemasan berlaku kita dapat brek untuk elakkan kemalangan.

Begitu juga dengan perjalanan menuju hari tua, kita perlu menguruskan segala persiapan untuk memastikan hidup kita tenang dan selamat. Sebagai contoh, kita perlu menguruskan takaful untuk melindungi pendapatan. Jika musibah berlaku, instrumen takaful dapat digunakan untuk menguruskan musibah tanpa menjejaskan perbelanjaan harian kita.

Apakah takaful? Takaful adalah instrumen kewangan Islam yang berkonsepkan sedekah. Kita dan penderma lain akan menderma dalam satu tabung kecemasan. Bila kita atau penderma lain ditimpa musibah, wang akan digunakan dari tabung itu untuk membantu.

Musibah Kemalangan PruBSN

Kemalangan berlaku tanpa di duga. Kita boleh menghidu bau wanginya pewangi kereta, tetapi kita tidak boleh bau kemalangan yang bakal terjadi dengan kereta itu. Tidak kiralah berapa luas lubang hidung seseorang, dia tetap tidak akan dapat menghidu kemalangan yang bakal menimpa.

Kemalangan tanpa PruBSN Takaful

PruBSN Takaful lumpuh otakPruBSN Takaful

PruBSN TakafulPruBSN Takaful

Ini adalah gambar sepupu saya yang kemalangan jalan raya. Dia terlantar di ICU dengan impak di otak dan anggota badannya. Ibunya menangis mengenangkan nasib anaknya. Kata-kata doktor membuatkan ibu menangis dan ayah tersandar sungul.

Setiap hari kita berada di jalan raya, maka setiap hari kita terdedah dengan risiko kemalangan. Setiap hari ada sahaja kemalangan dan ambulan yang lalu disekeliling kita. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja

walaupun kita berada dalam rumah sendiri di bilik tidur di tingkat atas

PruBSN TakafulPruBSN Takaful
walaupun kita berada dalam pasaraya yang biasa dikunjungi

PruBSN Takaful

KB Mall

PruBSN Takaful
Walaupun kita sedang berada di asculator

PruBSN takafulPruBSN Takaful

Ada orang kata dia tidak memerlukan takaful. I tend to disagree. Sekiranya 3 minit yang lalu kita kemalangan, perkara inilah yang bakal bermain di fikiran kita

1) Bagaimana kita nak dapatkan rawatan dengan segera. Umum mengetahui bahawa ramai yang akan ke hospital kerajaan dan jika kita ke sana, kita terpaksa menunggu giliran bersama orang yang ramai. Sekiranya kita hendak ke hospital swasta, bagaimana kita nak lunaskan bilnya.

2) Bagaimana sekiranya otak dan anggota badan sekiranya effected. Siapa yang akan menyara kita dan keluarga sekiranya otak @ anggota badan kita tidak lagi berfungsi dengan sempurna?

PruBSN Takaful
Bersediakah kita untuk meneruskan hidup jika diuji dengan kemalangan dan dipaksa untuk tidak bekerja lagi? Bagaimana dengan sara hidup isteri, anak- anak dan ayah dan ibu yang bergantung hidup pada kita?

Jom muhasabah diri:

Sekiranya 3 minit tadi aku kemalangan dan tidak berupaya lagi untuk bekerja, syarikat membuang aku dari kerja, siapakah yang akan menyara hidup aku dan bagaimana aku nak dapatkan rawatan dengan sempurna? (Sila jawab dalam 5 minit)
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

PruBSN Takaful

Musibah sakit dengan PruBSN

Kita akan ditimpa sakit seiring dengan bertambahnya usia. Semakin berusia semakin mudah kita berpenyakit. Penyakit seperti kencing manis, jantung dan kanser bukanlah perkara asing di sekeliling kita.

PruBSN TakafulPruBSN Takaful

Sekiranya boleh kita ingin segera mendapatkan rawatan bila mana terasa sakit. Wanita yang menahan kesakitan hendak bersalin seboleh-bolehnya mahu segera mungkin bersalin. Begitu juga dengan sakit gigi, kita sebolehnya mahu sesegera mungkin mendapatkan rawatan. Sekiranya kita terlewat, kita boleh kehilangan nyawa.

PruBSN TakafulPruBSN Takaful

PruBSN TakafulPruBSN Takaful

Jom kita compare masa untuk ambil ubat demam di hospital kerajaan di hospital swasta. Saya pernah mendapatkan ubat demam di HKL, ianya mengambil masa 4 jam. Bila saya demam kemudiannya, saya ke hospital swasta, masa yang di ambil tidak sampai 1 jam.

Itu hanya demam biasa, bagaimana masa yang di ambil untuk rawatan penyakit seperti kanser, jantung dan giliran pembedahan. Hanya mereka yang pernah merasai azab menunggu menghayati frasa ini. Cepat bererti kena bayar. Jom kita tengok berapa kos perubatan masa kini.

PruBSN TakafulPruBSN Takaful

Masihkan anda ingat pada penerima jantung baru, Tan Geek Koon, yang menjalani pindahan jantung disember 2009, di IJN. Kos pembedahan beliau adalah RM310,00.

PruBSN Takaful

Tan Geek Koon

Chon Kong memerlukan RM350,000 untuk bergembira seperti kanak-kanak lain. Jika tidak dilakukan dengan segera, jantung dan limpanya akan rosak.

PruBSN Takaful

Kehilangan nyawa kerana tdak mampu membiayai kos perubatan..Dahulunya Adik Atiqah memerlukan RM265,000 untuk kembali hidup normal seperti anak-anak kita yang lain. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah adik Atiqah.

PruBSN Takaful

Nur Dalila memerlukan RM60,000 pembedahan sum-sum tulang. Jika tidak dilakukan dengan segera, hati dan buah pinggangnya juga akan rosak

PruBSN Takaful

Irdina memerlukan RM25,000 untuk kembali bermain seperti kanak-kanak lain. Apakah bakal menimpa Irdina sekiranya tidak mendapatkan pembedahan dengan segera?

PruBSN Takaful

Nur Amnie memerlukan RM30,000 pembedahan jantung dan salur darahnya. Bagaimanakah nasib Nur Amnie sekiranya tidak mendapatkan wang dengan segera?

PruBSN Takaful

PruBSN Takaful
Banyak lagi kes sebegini. Jom muhasabah diri…

Sekiranya semalam AKU di sahkan mengidap masalah jantung akibat stress bekerja dan hospital minta RM100,000 untuk kos rawatan, adakah AKU mampu sediakan wang itu hari ini?
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________


Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan orang sakit yang tidak boleh mendapat rawatan kerana tiada wang..

Takaful

 

Bila senang teman sekeliling, Bila susah teman menghilangkan diri

Kita sebagai seorang isteri atau suami, sejauh manakah pasangan kita mampu bersama dengan kita sekiranya kita sakit dan tidak lagi mampu memberikan nafkah zahir dan batin. Jiwa pasangan kita pasti memberontak dan kita zalim sekiranya menahan kehendak fitrah manusia.

Nabi Ayub alaihissalam pernah ditinggalkan isteri kerana sakit. Haryani pula ditinggalkan suami juga kerana sakit. Inilah realiti kehidupan yang perlu kita fikir dan uruskan

PruBSN Takaful


Musibah kematian

Kematian adalah pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dari nafas ke nafas kita semakin menghampiri mati. Allah tidak menjanjikan kematian kita hanya di waktu tua, tidak juga kerana sakit. Orang muda dan sihat juga boleh mati.

Setiap hari kita akan malalui jalan raya untuk ke tempat kerja mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak dan ibu bapa

PruBSN Takaful

Jika kita perhatikan burung, ia sama seperti kita, berpagi-pagi telah keluar mencari makanan untuk anak-anak

PruBSN Takaful

Burung memberi makan pada anak-anaknya

Sekiranya tadi kita melastik bapa burung itu, lalu burung itu terbujur di jalanan.

PruBSN Takaful

Burung mati kena lastik

Bagaimanakah nasib anak-anak burung yang sedang menantikan makanan?

Takaful ayah
Anak-anak menantikan makanan

Bagaimana pula jika kita yang mati di jalanan ke tempat kerja? Siapakah yang akan terus menyampung perjalanan ke tempat kerja kita bagi mencari rezeki untuk anak-anak?.

PruBSN Takaful

Kematian boleh berlaki ON THE SPOT sekiranya kita kena "lastik"

Jom muhasabah diri:

Jika semalam AKU mati, siapakah yang akan menyara dan membantu keluarga aku hari ini?
(cuba anda jawab dalam masa 2minit)
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

Contoh suami yang menyayangi isteri dan keluarga

PruBSN Takaful

 

KESIMPULAN

Apabila musibah melanda kita seperti kemalangan/sakit/lumpuh atau mati, siapakah yang akan membantu kita dan keluarga? Adakah saudara-mara dan kawan-kawan akan terus membantu? Berapa lamakah mereka mampu membantu kita?

Tahukah anda ada suami yang menceraikan isterinya kerana tak nak tanggung bil hospital. Tahukah anda ada isteri yang meninggalkan suaminya yang tetiba lumpuh dan tak berduit? Hadapilah realiti kehidupan didunia dengan penuh persediaan..

PruBSN Takaful

Inilah realiti kehidupan

Ambillah peluang sementara masih diberi kesempatan.

“Tunggulah @ nantilah” adalah satu perbuatan yang sangat-sangat BESAR RISIKONYA. Wakil takaful seperti saya & MALAIKAT MAUT akan mengejar anda, terpulanglah siapa yang akan anda temui dahulu.

PruBSN Takaful
Kita tidak berjudi sebab judi adalah haram. Tapi dengan tidak mempunyai instrumen takaful, sebenarnya kita sedang memperjudikan nyawa dan tanggunggan kita. Setuju tak? Ini saja saya nak kongsikan dengan anda. Kalau nak kongsi lebih lagi silalah hubungi saya, InsyaAllah ada manfaatnya. Segala yang baik dari Allah, segala kekurangan sifat saya, hambaNya yang kerdil.

 

Mengapa perlu medical card

mesti baca!!

Tag: PruBSN

Produk PruBSN Takaful seperti PruBSN Link Series, PruBSN Ummah, PruBSN Protect dan PruBSN C