Hospital panel PruBSN

Senarai Hospital Panel PruBSN

Hospital Panel PruBSN di Kuala Lumpur & Selangor

hospital panel prubsn
Pantai Cheras Medical Centre

1 Jalan, 1/96A, Taman Cheras Makmur , 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9132 2022 03-9132 0732

Sentosa Medical Centre
36, Jalan Chemur, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-4043 7166 03-4043 7661

Pantai Indah Medical Centre
Jalan Perubatan 1 , Pandan Indah , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-4289 2828 03-4289 2829

Tung Shin Hospital
102, Jalan Pudu , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2072 1655 03- 2070 0345

Hospital Pusrawi Sdn Bhd
Lot 149, Jalan Tun razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2687 5000 03- 2687 5016

Assunta Hospital
Jalan Templer, 46900 Petaling Jaya , Selangor
Tel : 03-7680 7000 /03 -7781 6902 03-7781 4933

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
282 & 286 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-4255 2707 03-4255 2711

Subang Jaya Medical Centre
1, Jalan SS12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-56341212 03-5630 6075

Sri Kota Medical Centre
Jalan Mohet , 41000 Klang , Selangor
Tel :03-3373 3636 03-3376 3888

hospital panel prubsn
KPJ Kajang Specialist Hospital

(formerly known as SentosaMedical Centre Kajang)
Batu 14, Jalan Cheras , 43000 Kajang , Selangor
Tel : 03-8769 2999 03-8769 2808

Sunway Medical Center
No5, Jln Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
46150, Petaling Jaya, Selangor. 03-7491 9191 03-7491 0242

hospital panel prubsn
Ampang Puteri Specialist Hospital

No.1, Jalan Mamanda 9, Taman Dato’Ahmad Razali,
68000, Ampang, Selangor
Tel : 03-4270 2500 03-4270 2443

Tawakal Hospital 202-A Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur 03-4023 3599
Tel : 03-4022 8063

Damansara Specialist Hospital
No. 119 Jalan SS 20/10, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7722 2692 03-4270 2443

hospital panel prubsn
Pantai Medical Centre 8, Jalan Bukit Pantai

59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2296 0888 03-22960832

hospital panel prubsn
Columbia Asia Medical Centre, Puchong,

No 1, Lebuh Puteri, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
Tel : 03-8064-8688

hospital panel prubsn
Pantai Klang Medical Centre

Lot 5921, Persiaran Raja Muda Musa,
41200 Klang, Selangor,
Tel : 603-3374 2020

hospital panel prubsn
Institut Jantung Negara

145, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,
Tel : +603-2617 8200

hospital panel prubsn
Prince Court Medical Centre

39, Jalan Kia Peng , 50450 Kuala Lumpur,
Tel : +603-2160 0000

hospital panel prubsn
KPJ Selangor Specialist Hospital

Lot 1, Jalan Singa 20/1, Section 20, 40300 Shah Alam, Selangor,
Tel : 03-5543 111

DEMC Specialist Hospital
No 4 Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 603 – 5515 1888

Hospital Panel PruBSN di Johor

Medical Specialist Hospital
Wisma Maria, Jalan Ngee Heng , 80100 Johor Bharu , Johor
Tel : 07-224 3888 07-223 6785

Pusat Pakar Kluang Utama
No. 1, Susur 1, Jalan Beasr, 86000 Kluang, Johor
Tel : 07-771 8999 07-772 8999

Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)
(formerly known as The SouthernHospital, Batu Pahat)
No 1, Jln Peserai, 83000, Batu Pahat, Johor
Tel : 07-413 3333 07-413 3346

Johor Specialist Hospital
39-B Jalan Abdul Samad, 80100, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2253000 07-2248213

Puteri Specialist Center 33
Jalan Tun Razak (Susur 5), 80000, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2233377 07-2238833

hospital panel prubsn
Hospital Pantai Batu Pahat

9S, Jalan Bintang Satu, Taman Koperasi Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07-433 8811

Kempas Medical Centre
Lot PTD 7522, Jalan Kempas Baru, 81200 Johor Bharu, Johor
Tel : 07-2368999 Fax : 07-2368222

Hospital Penawar
No. 17 & 18 ( A -D), Pusat Perniagaan Pasir Gudang , 81700, Johor
Tel : 607-252 1800

Hospital Panel PruBSN di Melaka

Hospital Pantai Ayer Keroh 2418-1
KM 8, Lebuh Ayer Keroh , 75450 Melaka
Tel : 06-231 9999 06-231 3299

Mahkota Medical Centre 3
Mahkota Melaka, Jalan Merdeka , 75000 Melaka
Tel : 06-281 3333

Hospital Panel PruBSN di Negeri Sembilan

hospital panel prubsn
Columbia Asia Medical Centre

S’ban 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-601 1988 06-601 1848

N.S Chinese Maternity Medical Centre
Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban , Negeri Sembilan.
Tel : 06-762 2104 06-763 0407

Nilai Cancer Institute PT 13747
Jalan BBN 2/1 , 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel : 06-850 0999 06-850 0733

Seremban Specialist Hospital
Lot PT 6219 & PT 6220, Jln Tioman 1, Kemayan Square,
70200 Seremban, N Sembilan
Tel : 06-7677800 06-7675900

Senawang Specialist Hospital
No. 234-243, Jalan Lavendar Heights 2, Lavender Business Square,
70450 Senawang , Negeri Sembilan

Hospital Panel PruBSN di Terengganu

Kuala Terengganu Specialist Hospital
No. 443B, Jalan Kamarudin, 20400
Kuala Terengganu, Tereangganu
Tel : 09-624 5353 09 Fax : 09-626 5211

Hospital Panel PruBSN di Pahang

Kuantan Medical Centre 1
Jalan Tun Ismail 9
25000 Kuantan , Pahang
Tel : 09-514 2828 Fax 09-516 3753

Kuantan Specialist Hospital
51 Jalan Alor Akar,
25250 Kuantan, Pahang
Tel : 09-567 8588 09-567 8098

Hospital Panel PruBSN di Sabah

hospital panel prubsn
Sabah Medical Centre

Lorong Bersatu, Off Jalan Damai Luyang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel 088-222922 Fax : 088-243540

Rafflesia Medical Centre
Lot 5, 6, 7, 8, Milennium Commercial Centre,
Off Jalan Lintas, Kepayan,
88200 Penampang,
Kota Kinabalu,Sabah
Tel : 088-272630 Fax : 088-272640

Damai Specialist Centre
DSC Building, Lorong Pokok Tepus 1,
Off Jalan Damai,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-222922 Fax : 088-243540

Hospital Panel PruBSN di Sarawak

 

Normah Specialist Medical Centre
Lot 937, Sek 30, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-440055 Fax : 082-442600

Rejang Medical Centre
29, Jalan Pedada,
96008 Sibu, Sarawak 084-330733 084-327342
Sibu Specialist Medical Centre 52A-F, Brooke Drive,
96000 Sibu, Sarawak
Tel : 084-218800 Fax : 084-219900

Timberland Medical Centre
Lot 5164-5165, Blk 16, KCLD,
Taman Timberland, Rock Road,
93250 Kuching, Sarawak
Tel : 082-234466 Fax : 082-244273

Columbia Medical Centre
Miri Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit,
CDT 155, 98009 Miri , Sarawak.
Tel : 085-437755 Fax : 085-425677

Kuching Specialist Hospital
Lot 10420 Block 11,
Tabuan Stutong Commercial Center,
Jalan Setia Raja,
93350 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-365777 082-364666

Sibu Specialist Medical
Centre52A-F, Brooke Drive,
96000 Sibu, Sarawak
Tel : 084-218800

Hospital Panel PruBSN di Perak

Pantai Putri
Ipoh 126, Jalan Tambun,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5484333 Fax : 05-5458168

Apollo Medical Centre
271, Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, Perak
Tel : 05-8056000 Fax : 05-8076000

Fatimah Hospital
Leboh Chew Peng Loon, Ipoh Gardens,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5455777 Fax : 05-5499237

Ipoh Specialist Hospital
26, Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh, Perak
Tel : 05-241 8777 05-254 1888

Hospital Panel PruBSN di Pulau Pinang

Bagan Specialist Centre
Jalan Bagan 1,
13400 Butterworth
Tel : 04-3322800 Fax : 04-3312806

Pantai Mutiara Hospital
82, Jalan Tengah, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Penang.
Tel : 04-643 3888

Gleneagles Medical Centre
1, Jalan Pangkor, 10050 Pulau Pinang
Tel : 04-2276111 Fax : 04-2262994

Penang Adventist Hospital
465, Jalan Burmah, 10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2227200 Fax 04-2278512

Lam Wah Ee Hospital
141, Jalan Tan Sri The Ewe Lim,
16000 Pulau Pinang
Tel : 04-6571888 Fax : 04-6570940

Tanjung Medical Centre
473, Jalan Burmah,
10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2262323 Fax: 04-2299008

Hope Children Hospital
25B, C & D , Jalan Gottlieb,
10350 Pulau Pinang,
Tel : 04-228 46557

Hope Children Hospital (Sg Ara )
66 & 68, Jalan Dato Ismail Hashim, Sg Ara,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel : 04-644 7557 / 04-644 1557 FAx : 04-646 1559

Hope Children Hospital (FARLIM)
26,26A,28 & 28A, Lintang Paya Terubong 3,
11060 Pulau Pinang
Tel : 04-829 7926/ 04-826 6557 Fax : 04-829 7982

Loh Guan Lye Specialist Centre
19, Logan Road, 10400 Pulau Pinang
Tel : 04-2388888 Fax : 04-2388983

Island Hospital
308 Macalister Road,
10450 Penang, Malaysia
Tel : 04-228 8222 Fax : 04- 226 7989

Hospital Panel PruBSN di Kedah

Metro Specialist Hospital
No 1, Lorong Metro,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4238888 FAx : 04-4258888

Putra Medical Centre
888, Jalan Sekerat, Off Jalan Putra,
05100 Alor Star, Kedah
Tel : 04-7342888 Fax : 04-7348882

Kedah Medical Center
Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7308878 Fax : 04-7332869

Hospital Pantai Utara Sungai Petani
( formerly known as Strand Hospital )1,
Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4428888 Fax : 04-4428889

Hospital Panel PruBSN di Kelantan

Universiti Sains Malaysia USM
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-766 3137

Perdana Specialist Hospital
Lot PT37 & PT600, S
eksyen 14, Jalan Bayam.
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-745 8000 09-747 2877

Kota Bharu Medical Centre
P.T 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang,
15150 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-743 3399 09-747 8271
cara-cara pembayaran bil hospital panel PruBSN

Tag: Hospital Panel PruBSN

kanser leher

Kanser Leher

IA bukan jenis kanser yang popular dan sering diperkatakan seperti kanser paru-paru, payudara mahupun usus besar. Namun, kanser kepala dan leher yang kurang diberi perhatian sebenarnya penyakit yang lazim dihadapi penduduk di negara ini serta Asia Tenggara.

kanser leher

TANDA... benjolan pada rahang bawah akibat kanser air liur di bawah lidah.

Kanser kepala dan leher merujuk jenis kanser yang menyerang bahagian tertentu, antaranya leher, hidung dan rongga mulut (lidah, lantai lidah dan air liur, tonsil di tekak dan peti suara).

Faktor Kanser Leher

Pertumbuhan sel tidak normal yang mengambil masa lama untuk berkembang biak itu disebabkan faktor luar kawalan seperti genetik, usia dan jantina manakala faktor penyumbang ialah gabungan tabiat gaya hidup seperti pemakanan, merokok dan minum arak.

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yeo Sek Wee, berkata kira-kira 90 peratus punca kanser kepala dan leher ialah Squamous Cell Carcinoma.

“Mereka yang ada ahli keluarga menghidap kanser kepala dan leher terdedah risiko mendapat penyakit yang sama. Faktor gabungan yang meningkatkan risiko ialah tabiat suka memakan ikan masin, makanan diawet dan makanan dalam tin selain merokok dan minum arak. Penyakit itu juga boleh berpunca daripada virus Epstein Barr (EPV),” katanya.

kanser lidah

PUNCA... kanser lidah boleh berlaku akibat luka disebabkan gigi tajam.

Menurutnya, bukan semua pesakit mengalami bengkak di leher mendapat penyakit kanser kerana mungkin disebabkan penyakit lain. Namun, kira-kira 90 peratus sebab bengkak di bahagian itu berpunca daripada kanser. Endoskopi hidung perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat ketumbuhan di belakang hidung bagi mengesahkan ia kanser.

Kira-kira 10 hingga 20 peratus pesakit mungkin mengalami hidung tersumbat atau pendarahan. Kanser ini sangat sensitif dan jika dikesan lebih awal, rawatan menggunakan radioterapi dapat mematikan sel pembunuh senyap itu.

Penyakit biasa dialami mereka berusia 30 hingga 50 tahun itu juga boleh menyebabkan pendengaran berkurangan akibat halangan ketumbuhan.

Jika pesakit mengalami bengkak di leher, kanser berkenaan berada di tahap satu atau dua. Kanser berkenaan boleh merebak ke otak dan jika ini berlaku, pesakit mengalami penglihatan berbayang/bertindih atau kabur kerana kerosakan saraf. Kanser pada tahap tiga dan empat pula boleh menyebabkan sel berkenaan merebak ke anggota badan lain seperti paru-paru dan tulang.

Kanser kepala dan leher banyak dihadapi penduduk di China tenggara, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Kanser pada rongga mulut atau lidah boleh terjadi kerana kelemahan dalam penjagaan kebersihan gigi dan gusi. Gigi yang pecah dan mempunyai serpihan tajam boleh melukakan lidah dan kesakitan berpanjangan seterusnya menjadi kanser lidah. Kanser lidah juga mungkin terjadi disebabkan tabiat suka makan hidangan panas terutama di kalangan kaum Cina dan Melayu.

Ulser yang berlarutan dalam tempoh agak lama biarpun sudah diberi rawatan antiobiotik memberi petanda kemungkinan seseorang itu mengalami kanser rongga mulut atau bahagian dalam pipi.

Bagi kaum India pula, tabiat mengunyah sirih, pinang dan gambir mendedahkan mereka kepada kanser di bahagian lompang pipi. Ia boleh merebak ke gusi dan bawah lidah.

Kanser air liur bukan berpunca daripada squamous cell tetapi disebabkan Human Papilloma Virus (HPV). Setiap individu mempunyai tiga pasang kelenjar air liur utama di bawah lidah dan di belakang rahang iaitu parotid, sublingual dan submandibular.

Kanser kelenjar air liur di pipi (parotid cancer) boleh dikesan melalui satu ketumbuhan/benjolan di bawah pipi. Bagaimanapun, ada juga kanser jenis ini yang tidak dapat dikesan awal kerana benjolan berlaku di bahagian dalam.

Kanser air liur di bawah lidah (submandibular cancer) disebabkan pleomorphic adenoma. Bagaimanapun, punca sebenar kanser itu tidak diketahui dan ia tidak boleh merebak ke bahagian tubuh lain sebaliknya berupaya merosakkan saraf.

Pada tahap satu dan dua, kadar kejayaan rawatan untuk menyembuhkan penyakit ini ialah 80 peratus manakala pada tahap empat kadar kejayaan sebanyak 10 peratus.

Rawatan dilakukan dengan pembedahan membuang ketumbuhan dan bengkak di leher manakala radioterapi untuk tahap kanser yang lebih teruk. Bagi kanser parotid, keseluruhan kelenjar pesakit akan dibuang.

Pesakit digalakkan membuat radioterapi dan kemoterapi. Sekiranya rawatan awal tidak dilakukan, kanser yang kronik boleh menyebabkan saraf muka lumpuh hingga muka pesakit senget sebelah.

Kanser Leher boleh merebak akibat Kanser Tonsil

Kanser tonsil di tekak boleh dijangkakan sekiranya bahagian tekak sebelah kanan dan kiri tidak sama besar. Walaupun kanser ini jarang berlaku, ia boleh merebak ke leher.

Kanser peti suara, lazimnya dihadapi golongan warga emas. Kanser ini mudah dialami perokok tegar juga yang merokok selama bertahun-tahun ataupun mereka yang gemar minum arak. Gejala kanser ini ialah suara pesakit tidak jelas. Pada tahap empat, kanser boleh merebak ke leher.

kanser peti suara

PENYUMBANG... kanser peti suara disebabkan tabiat kuat merokok.

Untuk kanser peti suara tahap satu dan dua, rawatan dilakukan ialah laser radioterapi. Kadar penyembuhan bagi kedua-dua kaedah rawatan ini ialah 80 peratus.

Pada tahap satu, pesakit yang menjalani pembedahan mempunyai suara yang tidak jelas. Pada tahap empat atau yang lebih kronik, rawatan ialah dengan prosedur membuang peti suara diikuti radioterapi selepas pembedahan. Bagi membolehkan pesakit bercakap seperti sedia kala, peti suara tiruan dinamakan voice prosthesis digunakan.

FAKTOR

1. Genetik – ada sejarah keluarga yang menghidap kanser.
2. Pemakanan – kaum Cina dan Melayu. Tabiat: antaranya makanan dengan pengawet, makanan dalam tin, ikan masin.
3. Merokok.
4. Virus Epstein Barr (EPV).

GEJALA

1) Majoriti mengalami bengkak di leher.
2) Paraneoplastic neurological syndromes (PNS) – bengkak di belakang hidung yang dikesan menggunakan endoskopi.

JENIS KANSER KEPALA DAN LEHER

1) Leher
2) Hidung
3) Rongga mulut

Tag: Kanser leher

Barah mulut

Sirih boleh menyebabkan barah mulut

PENGGEMAR daun sirih, anda dinasihatkan menghentikan tabiat mengunyah daun itu berikutan mempunyai kesan tidak baik terhadap tubuh selain mampu meningkatkan risiko barah mulut.

Barah Mulut

Ya, mungkin masih ramai tidak tahu tabiat itu mampu mengundang barah mulut disebabkan ia tidak berbahaya seperti barah payudara, barah rahim dan penyakit jantung yang menduduki carta teratas antara penyakit yang boleh menyebabkan kematian di dunia.

Barah mulut adalah penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Lebih 90 peratus kes barah mulut membabitkan lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai karsinoma sel skuama.

Menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung & Tekak (ENT) Pusat Perubatan Tropicana, Dr Balachandran Appoo, barah mulut disebabkan ketumbuhan tisu tidak normal di dalam kawasan mulut serta boleh merebak dengan pelbagai cara yang mengakibatkan gangguan untuk makan, sukar untuk menelan yang akhirnya seseorang itu mati akibat badan kekurangan air dan kelaparan.

Barah mulut boleh membawa maut

“Di Malaysia, kaum India antara yang paling ramai menghidap barah mulut, diikuti Orang Asli, Melayu dan Cina. Jangan ambil ringan barah mulut kerana ia mampu membawa maut jikalau lambat mendapatkan rawatan.

Barah Mulut

TAHAN TERIK... perlindungan daripada sinaran matahari kurangkan risiko barah mulut.

“Biasanya, umur 40 tahun ke atas berisiko mendapat barah ini. Meskipun barah mulut penyakit membunuh, ia boleh dirawat pada peringkat awal,” katanya sewaktu ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.

Tanda barah mulut

  • Sakit yang berlanjutan
  • Luka yang besar hingga makan saraf
  • Susah mengunyah
  • Susah membuka mulut
  • Susah bertutur
  • Mulut berdarah
  • Ketumbuhan dalam mulut (susah telan pepejal, air liur)
  • Bengkak pada rahang, leher lebih tiga minggu
  • Tiada selera makan dan berat badan menurun
  • Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan
  • Ulser mulut tidak sembuh lebih tiga mingguPunca barah mulut
  • Merokok
  • Pengambilan alkohol
  • Mengunyah sirih bersama tembakau dan pinang
  • Pendedahan di tempat kerja yang membabitkan bahan kimia
  • GenetikCara mengurangkan risiko barah mulut
  • Buat pemeriksaan berkala di klinik
  • Lakukan pemeriksaan barah sendiri
  • Tidak mengambil atau mengunyah tembakau
  • Tidak merokok
  • Tidak minum minuman alkohol
  • Kurangkan pendedahan kepada sinaran matahariRawatan
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • KemoterapiPembedahan biasanya membabitkan pembuangan kanser dan sebahagian tisu yang sihat di sekelilingnya. Ini kerana barah adalah penyakit yang mikroskopik iaitu ada sel kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Ada kemungkinan sel kecil tidak dapat dilihat di sekitar sempadan kanser itu. Pembedahan turut membabitkan sel yang sihat ini turut membuang nodul limfa pada bahagian leher yang dijangkiti kanser.Rawatan pembedahan biasanya dilakukan untuk merawat kanser yang berada pada tahap awal dan sederhana dengan pembuktian tiada sel kanser merebak ke bahagian organ lain.Bagaimanapun, bagi jenis kanser yang merebak jauh pada kawasan lain tubuh, penggunaan radioterapi digunakan selepas pembedahan. Ini bertujuan mematikan sel kanser yang dikhuatiri masih tertinggal.RadioterapiPenggunaan radioterapi akan dilakukan jika kanser terlalu besar menyebabkan pembedahan sukar dilakukan. Kaedah ini juga membantu mengecutkan kanser. Bagaimanapun, radioterapi mempunyai banyak kesan sampingan yang harus dijalani oleh pesakit.Contohnya, jika kanser pada bahagian lidah itu kecil (kurang 1.5 sentimeter), ia boleh dirawat dengan radioterapi tanpa pembedahan.Istimewanya radioterapi ini, ia tidak menyebabkan seseorang kehilangan anggota (lidah) dan fungsinya. Bagaimanapun, rawatan radioterapi tidak memberi apa-apa kesan pada kanser tulang, biasanya ia hanya dapat dibuang dengan kaedah pembedahan.

    Kemoterapi

    Kaedah menggunakan ubat-ubatan dalam tubuh ini dilakukan jika kanser sudah merebak ke organ lain seperti paru-paru dan hati, atau serentak dengan radioterapi.

Tag: Barah mulut

Proses pembayaran bil hospital

Sakit/Kemalangan
(yang perlu di masukan ke wad)
 Proses pembayaran bil hospital
Ke hospital panel
 Proses pembayaran bil hospital
Tunjukkan medical card & kad pengenalan di Admission Counter
 Proses pembayaran bil hospital
Membayar access deposit
 Proses pembayaran bil hospital
Tunggu Guarentee Letter
 Proses pembayaran bil hospital
Check in ke wad
 Proses pembayaran bil hospital
Menerima rawatan
Proses pembayaran bil hospital
Checkout dari wad
 Proses pembayaran bil hospital
Membayar Ko-takaful
(Ko Takaful akan ditolak atau ditambah dari access deposit)
Proses pembayaran bil hospital
Keluar wad
Proses pembayaran bil hospital
Menerima rawatan susulan
(Bayar dahulu kemudian claim. Kena bayar Ko-Takaful 10%)
Proses pembayaran bil hospital
Menerima Elaun & Claim rawatan susulan (Contoh claim)

 

1 maut, 3 parah kereta bertembung treler

Kosmo
11/02/2012

LAHAD DATU – Seorang maut manakala tiga yang lain cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas selepas bergesel dengan sebuah lori treler di Kilometer 12, Jalan Lahad Datu-Sandakan tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Bong Kuet Khiun berkata, dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, Mail Taha, 45, yang memandu kereta berkenaan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu.

Tiga penumpang yang cedera parah itu turut dirawat di hospital yang sama.

Bong berkata, siasatan awal mendapati treler tersebut yang datang dari arah Sandakan dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan namun bergesel dengan kereta Kancil mangsa yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereta mangsa gagal dikawal lalu terbabas. – BERNAMA

Wanita Melayu hidap hipertensi

Wanita melayu tertinggi hipertensi

KUALA LUMPUR: Wanita Melayu didapati menjadi penghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) paling ramai di Malaysia dan penyakit itu pembunuh senyap nombor satu negara ini serta menjadi penyebab utama penyakit kardiovaskular.

Didapati 5.8 juta orang di negara ini mempunyai hipertensi tetapi malangnya, hanya 2.2 juta pesakit mengambil inisiatif mendapatkan rawatan dan ubat bagi mengawalnya.

Punca Hipertensi

Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Dr Azani Mohamad Daud, berkata berdasarkan maklumat dalam kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), sebanyak 48.4 peratus wanita Melayu menghidap penyakit ini disebabkan gaya hidup, pemakanan serta kurang bersenam.

“Satu daripada dua wanita mempunyai hipertensi dan penyakit ini berlaku atas pelbagai faktor termasuk gaya hidup tidak mementingkan kesihatan serta tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Jika tidak dikawal, ia menjadi antara punca Non Communicable Disease (NCD) atau penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, strok dan kerosakan buah pinggang dalam masa panjang,” katanya selepas Mesyuarat Tahunan Saintifik persatuan berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Hipertensi tidak mempunya gejala yang jelas

Katanya, orang ramai perlu sedar penyakit ini tidak mempunyai gejala jelas dan ia boleh dikesan melalui pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya setahun sekali.

hipertensi

Pemeriksaan tekanan darah penting untuk mengesan hipertensi

Sementara itu, Dr Hasan ketika diminta mengulas Skim Penjagaan Kesihatan Nasional (1Care) berkata, ia masih dalam proses perbincangan dan cadangan dijangka siap tahun depan.
“Saya tidak pernah kata skim ini mandatori kepada semua,” katanya.

Mengulas larangan rawatan lintah, beliau berkata, pihaknya hanya mengiktiraf kaedah rawatan yang mempunyai bukti kukuh.

“Sama seperti rawatan ikan, setakat ini belum ada bukti saintifik mengatakan rawatan lintah itu berkesan dan menjadi tanggungjawab kementerian melindungi keselamatan orang ramai,” katanya.

Bharian
10/02/2012

tag: hipertensi

Zuraimee derita usus pecah akibat kemalangan

JELAI – Susulan terbabit dalam kemalangan tiga bulan lalu, Zuraimee Mustapha, 22, kini terpaksa bergantung harap kepada keluarganya bagi menanggung kehidupan dia, isteri, Nurhidayu Abdullah, 20, dan dua anak yang masih kecil.

kemalangan
Zuraimee berkata, ketika insiden itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah dan tidak menyangka terbabit dalam kemalangan berdekatan pam minyak di Felda Gugusan Jelai.

Menurutnya, susulan kemalangan, lutut dan tangan kanannya terpaksa dimasukkan besi dan skru. Manakala ususnya pecah serta hanya mampu menerima makanan lembut bagi mengelakkan makanan sukar dihadam.

“Saya tidak tahu sampai bila keadaan ini akan berterusan dan jika boleh saya sememangnya ingin bekerja bagi menampung keperluan keluarga termasuk dua anak berusia satu dan dua tahun.

“Bagaimanapun, pegawai perubatan memaklumkan, saya memerlukan tempoh setahun untuk pulih dan boleh melakukan kerja seperti biasa,” katanya ketika ditemui sempena Program Pemuda Prihatin, di sini.

Turut hadir, Penyelia Kanan Kemas Daerah, Zuredah Mohamad dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tampin, Mohd Isam Mohd Isa.

Sementara itu, Mohd Isam berkata, sempena program anjuran Pergerakan Pemuda Umno Jelai 2 Impian; Pergerakan Pemuda Umno dalam cawangan Jelai 2; Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Tampin dan Pemuda Umno Bahagian itu, sebanyak 10 individu menerima sumbangan yang disampaikan dari rumah ke rumah.

“Melalui lawatan sebegini, kita melihat sendiri keperluan penerima untuk diketengahkan,” katanya.

36 Penyakit Kritikal

1. AIDS (AIDS akibat Pemindahan Darah & Full Blown AIDS, boleh membuat tuntutan untuk mana-mana satu sahaja)

2. Anemia Aplasia,Sindrom Apalik

3. Penyakit Alzheimer

4. Tumor Otak Benigna

5. Kebutaan

6. Kanser

7. Kardiomiopati

8. Penyakit Hati Kronik

9. Penyakit Paru-paru Kronik

10. Koma

11. Penyakit Arteri Koronari (Penyakit Arteri Koronari yang Memerlukan Pembedahan & Penyakit Koronari Arteri Lain yang Teruk, boleh embuat tuntutan untuk mana-mana satu sahaja)

12. Penyakit Arteri Koronari (Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari)

13. Kepekakan

14. Ensefalitis

15. Hepatitis Virus Fulminan

16. Serangan Jantung

17. Penggantian Injap Jantung

18. Kegagalan Buah Pinggang

19. Hilang Pertuturan

20. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)

21. Luka Terbakar Utama

22. Trauma Kepala Utama

23. Pemindahan Organ Utama

24. Penyakit Sista Medula

25. Meningitis Bakteria

26. Penyakit Neuron Motor

27. Sklerosis Berbilang

28. Distrofi Otot

29. Kelumpuhan

30. Penyakit Parkinson

31. Poliomielitis

32. Hipertensi Arteri Pulmonari

33. Strok

34. Pembedahan pada Aorta

35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

36. Pembedahan Otak

Kematian ayah tidak patahkan semangat

Nurul Ilmiah Abdul Rahim

Nurul Ilmiah Abdul Rahim

SEREMBAN: Kematian ayah akibat sakit jantung beberapa bulan sebelum menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak mematahkan semangat Nurul Ilmiah Abdul Rahim, 12, untuk mendapat 5A, sekali gus memenuhi harapan arwah ayahnya.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri di sini, mengakui sedih dengan pemergian ayahnya, Abdul Rahim Ahmad, 58, Jun lalu, tetapi menguatkan azam untuk cemerlang dalam UPSR dengan belajar bersungguh-sungguh.
Anak sulung dua beradik itu turut mengikuti kelas tambahan dan belajar berkumpulan bersama teman rapat untuk mengurangkan perasaan sedih.
“Walaupun belajar begitu kadang-kadang membuatkan hilang tumpuan kerana lebih banyak berbual, saya terhibur dengan cara itu.

“Lebih menggembirakan, semua rakan dalam kumpulan itu mendapat 5A dan ini membuktikan belajar secara kumpulan masih berkesan,” katanya ketika ditemui di SK Puteri di sini, semalam.

Nurul Ilmiah yang bercita-cita menjadi peguam berkata, keputusan cemerlang itu juga adalah hadiah kepada ibunya, Ramlah bachik, 49.

Pasangan kembar di sekolah sama, Patricia Wong Ke Ying, 12, dan Felecia Wong Ke Seen,12, yang masing-masing memperoleh 5A dan 4A 1B, gembira memperoleh keputusan itu.
Walaupun Felecia sebagai kakak pada mulanya menangis kerana gagal mendapat 5A, dia tetap gembira kerana adiknya mendapat 5A.

Dia yang bercita-cita menjadi akauntan berkata, dia akan terus berusaha bersama kembarnya untuk mencapai kejayaan di peringkat sekolah menengah.

Patricia pula berkata, mereka tidak mempunyai petua belajar tertentu dan hanya belajar bersama setiap hari dan mengikuti kelas tambahan.

Pelajar POLIMAS maut dalam kemalangan di Jitra

Bharian.com.my
07/02/212

JITRA: Seorang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan penyelenggara lebuh raya dan kemudian dilanggar sebuah pikap di Kilometer 34.5 Lebuhraya Utara Selatan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusuf, berkata kemalangan itu berlaku pada jam 9.12 pagi semasa pelajar terbabit, Muhamad Izam Azhar Khairuddin, 20, yang menuju ke arah utara dipercayai leka melihat lori pasir dari arah bertentangan lalu terbabas ke tepi jalan.
“Mangsa tidak menyedari terdapat sebuah kenderaan penyelenggara lebuh raya di hadapannya lalu merempuh kenderaan berkenaan mengakibatkan mangsa terjatuh ke kiri jalan sebelum dilanggar pikap yang lalu di lorong itu,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Muhamad Izam Azhar meninggal dunia di tempat kemalangan kerana mengalami cedera parah dan mayatnya dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

Ibu saudara mangsa, Aishah Ibrahim, 50, berkata anak saudaranya yang mengambil jurusan Kejuruteraan Pembuatan itu baru saja menjalani latihan industri di sebuah kilang di Napoh, dekat sini.

Mayat Muhamad Izam Azhar dikebumikan di Kampung Lepai, Jalan Langgar, Alor Setar selepas solat Asar